Thursday, November 18, 2010

Me, Myself and My Transportations: Little Red Riding Kancil

MIMI…that’s the name of my very own Little Red Riding Kancil. I believe the name suits her well. Sesuai betol dengan warnanya yg merah menyala persis anak dara sunti yang menggedik mencuri perhatian teruna. Echeh~ Hahaha.

Mimi yang berkawan baik dengan Aen…Si kancil Biru yang Hidup dalam Blues, merupakan kenaikan baru kami selepas era 2003/2004. Hahaha! Mimi merupakan penyumbang kepada KEBESARAN Geng Effarogey lantaran kebaikan utama yang kami perolehi adalah bergerak ke sana ke mari. Kalau dulu, bila lapar terpaksalah kami makan apa sahaja yang ada di Dewan Makan, Sahur’s Café atau Gerai Aunty Ah Fong. Tapi kewujudan Mimi membawa kami sehingga ke Kedai Mamak Seksyen 14 PJ, atau Bangsar, atau Kelana Jaya, atau Damansara. Saya tetap akan ingat Farihan mengejut saya pukul 2 pagi sebab nak makan Roti Telur kat Seksyen 14. Aiyark! Sebagai seorang yg sememangnya mamai tahap gaban kalau baru bangun tidur, saya ikut jelah. Siap makan sekali dan mcm ingt2 lupa pada waktu pagi apehal, aku mcm kenyang pulak nie. Meskipun kami selalu ternampak bulu Roti Telur mamak, tapi kami nampaknya tak serik makan kat sana. Mungkin sebab dah pagi2 buta, Bulu mamak tu pun dah tertidur lalu terlepas berpaut dari tempatnya…Hahaha! (apa merepek nie…okay tak buat lagi-monolog dalaman ketika menulis).

Mimi meski kecil, tetapi mantap prestasinya. Dari Mersing saya membawa Mimi ke KL, padahal memang cukup terang, jelas lagi bersuluh yang saya bukannya seorang pemandu yang cekap atau berhemah pada waktu itu sebab dah terbiasa menjadi penumpang dan tidak memandu sejak mendapat lesen. 


Abah banyak kali pesan, bawa Mimi kat dalam fakulti je sudah. Bawak pi kelas, balik kelas. Jangan bawa keluar Kota Kuala Lumpur yang penuh dengan Mat Rempit dan Samseng Jalanan (echeh…ingat ini cerita KL Drift/Rempit ke) sebab beliau takut saya akan cepat panik sehingga instead of mengelak mereka-mereka ini saya akan memilih untuk melanggar mereka lalu berkata OOOPSSS… Tapi, saya akan ingat tanggal 21.7.2004 sebab waktu inilah saya telah pertama kali memberanikan diri memandu Mimi yang bersifat manual ke Midvalley utk membuat persiapan sambutan Hari Lahir Rabia. Nervous bukan main petang tersebut. Siap sesat tak tahu jalan masuk ke Parking Midvalley sebab selama ni tau jalan bas sahaja. Kalau ikut hati, nak je park kat tempat bas berhenti. Tapi takut bas tak Nampak plak lalu menyundul Mimi. Lebih hebat lagi, saya telah membawa Rabia yang ditutup matanya ke A&W PJ. Seiring dengan mulut Rabia yang tak berhenti2 Pot pet sepanjang perjalanan kerana matanya ditutup, saya pun ikut cemas sebab first time memandu di waktu malam buta dengan penumpang yang peramah sepertinya dan riuh rendah kawan2 lain suruh Rabia diam (yang mana mereka tidak berjaya dan takkan berjaya punyalah!). Saya ingat juga, Rabia di saat “buta sementara” sempat juga membuat aksi akrobatik nak terjatuh kat pintu masuk A&W nie. Di tambah lagi dengan suaranya yg pot pet-pot pet sepanjang masa dengan mata tertutup kain itu, beliau tanpa disedari oleh dirinya sendiri telah menarik perhatian para pengunjung A&W. Tak boleh lah nak salahkan dia, sebab dia tak tau dia kat mana. Tapi kami yg memimpin dia nie, terpaksalah senyum je kat semua orang yg rata-rata dah tak tahan nak ketawa gak. Kecohlah katakan…hahaha! Waktu balik sekitar 2 pagi, tak banyak kereta di jalan raya dan saya dengan bangganya memilih untuk melanggar lampu isyarat lalu “CLICK”….simbahan cahaya flash umpama diserbu paparazzi menerangi gelap malam~ Lepas terkedu sekejap, saya sempat melawak (seperti biasa) “Alamak!!! Aku senyum ke tak tadi eh?” dan disambung oleh Geng Effarogey yang lain “ Lupa plak nak buat Gaya PEACE!!!”. Dan kami…Ketawa lagi!!! (Seperti Biasa) Nasib baik tak kena saman wey~

Mimi tak pernah Eksiden. Serius! Tapi ade orang langgar dialah dari belakang. Sebuah motor skuter yang dibawa oleh seorang Amoi comel yang melekat umpama Spiderman di Cermin Belakang Mimi sambil diperhatikan oleh penumpangnya iaitu Rabia dan Farihan. Setakat yg saya tau, itulah bayangan mereka kepada saya apabila menceritakan tentang eksiden itu. Saya berpendapat yang mungkin Amoi tersebut memang terlalu taksub dgn Spiderman dan sebab teringat pesanan “Jangan Tiru Aksi ini di Rumah”, maka dia pilih untuk cuba buat Aksi tersebut kat Mimi. Meleqqaaat beb (sebab si Rabia yag cerita…k kena tukar q dan qalqalah kena Peqqattt). 
Mungkin mcm nie Muke Amoi Spiderman tue...
Harus muke dia herot berot kat cermin belakang Mimi tu dan mungkin ada sisa-sisa DNA dia melekat secara kekal di situ lantaran momentum yang kuat tersebut. Saya datang dengan Van Kolej Ketiga yang dibawa oleh Mizi yg kebetulan nak menuju ke tempat kejadian di Kolej Kediaman Kedua Belas. Sampai di sana, Mimi dah pun ketepi dan ada Lawyer in The Making yg sedang represent Mimi iaitu Kak Aida yg telah dijemput khas oleh Geng Effarogey. Maka, membetulkan Bumper Mimi yang dah terlondeh mencecah tayar itu membawa kos sebanyak RM120 dan telah dibayar oleh Amoi Spiderman kita seperti yang telah dipersetujui (Consent Judgment)~ Oh yeah~ Terima kasih semua…

Mimi takde masalah rosak atau apa-apa. Malah Mimi pernah membawa semua Geng Effarogey dr KL ke Mersing. Kami sempat mandi Air Terjun Kota Tinggi beramai-ramai hasil lawatan Geng Effarogey ke Johor. Mimi dari segi keselamatannya agak kurang selamat sekiranya dibawa oleh saya seorang diri, sebab kalau terserempak dengan Lori/Bas di jalan raya, Mimi akan terhayun sedikit. Mungkin sebab Mimi ringan. Di sebabkan Abah saya merasakan pengalaman tersebut sendiri lalu merasakannya sangat Horror, maka abah memutuskan supaya pada sesi 2005/2006, saya akan membawa kereta lain…Walaupun kurang setuju, sebab Mimi jimat minyak, saya terpaksalah akur dengan En.Abah yang merupakan En.“Bayar Duit Kereta Kamu”. Kali terakhir saya Nampak Mimi adalah pada tahun 2005 bersama-sama sepasang suami isteri beranak 1 di Bandar Mersing.

Mimi sememangnya kereta yang banyak mengajar saya skill memandu. Membawa saya Merempit ke Kelas di Fakulti Undang-undang Setiap pagi. Persahabatan Geng Effarogey yang riang ria pun ada melekat bersama-sama Mimi. Mimi…I will always Love you no matter where you are!

No comments:

Post a Comment