Wednesday, November 17, 2010

Me, Myself and My Transportations: The Cruel Life of Public Transporting~

Well, everybody have a story to tell about their experience with Public Transports. And the good thing about always travel in a flock like Geng Effarogey is, u have STORIES to tell. Hahaha! Zaman sebelum saya mempunyai kenderaan sendiri, Skills of surviving will always took place and control our guts. Everything that Impossible will absolutely turns possible. 


Dulu...di masa muda dan bertenaga kami...Saya, Rabia, Farihan, Ya Nee pernah jadik pelari 100 meter paling pantas di Fakulti mengejar Bas UM buruk berwarna krim. Dengan ayu berbaju kurung~ Kami pun penuh kelajuan berlari kejar bus sambil diperhatikan oleh warga Fakulti Undang-undang yang ngam-ngam dan pas-pas betul baru habis Kuliah. Naik je Bus, dari pakcik pemandu sampailah penumpang dok paling hujuuuung sekali dok tersengih2 mcm kerang busuk sambil tahan ketawa tengok kami semput2 panjat tangga bas. Oh ye! Kami siap mendayu-dayu  menjerit "Tungguuuu! Tunggguuuuuuuuu!!!" sambil berlari. Oh ye! Tangan kami siap melambai2 mesra pada pakcik bas yang dgn bangganya mengacah-acah nak bergerak tinggalkan kami. Hailaaa...

Tapi seronok jugak naik bas ni. Kadang2 kalau tersalah naik bas, kami akan end up makan angin free ke Pantai Dalam, Kg Kerinchi, Seksyen 17 dan pusing satu UM. Setakat naik bas penuh and stuck kat depan melayan driver bus berborak tu memang dah kepakaran kami lah. Itu belum campur Lawak Bodo Abg Driver Bas tu tanya kat setiap budak yang naik Bas pada suatu Hari Thaipusam "Awal pulak ko balik dari Batu Caves hari ni?", dengan muka tak bersalah. Kalau tertinggal bas, kami menapak dari Fakulti Undang-undang merentas Tasik UM, Perpustakaan, Fakulti Sains, Fakulti Sastera, Fakulti Pendidikan menuju ke Kolej Kediaman Ketiga...No hal...Paling2 pun ketiak basah je ataupun Main lari2 dgn Monyet je.

Kami pernah jugak tgk midnight movie bersama-sama menaiki bas ke Midvalley dgn Raja. Disebabkan terlalu lewat, balik ke UM naik Teksi. Raja sampai terpaksa Squarting kat Kolej Kediaman Ketiga sebab nak sgt tgk Turn left turn Right tu. Dan Raja...akan buat aksi2 menariknya setiap kali squarting dgn cara memanggil2 nama pemilik bilik dgn seram sebab dia tak boleh tido atau sebab dia takut kucing. Hehehe. Kami selalu juga balik lewat malam dgn bas dan berlari2 balik ke Kolej sebab lawak komedi seram kami sendiri.

Tapi cerita paling best pasal kami dan Public Transport ini adalah kisah Akmar. Harus di ingat, Akmar bukanlah sgt feminin suatu tika dulu sebab dia lebih selesa berT-shirt besar dan berseluar jeans. Namun pada suatu hari ketika kami baru dapat duit PTPTN dan JPA, kami memutuskan untuk cuba untuk pertama kali ke Jusco Wangsa Maju menaiki LRT dan Akmar telah memutuskan yg dia mahu bergaya feminin dengan baju pink, jaket dan skirt jeans paras lutut dan high heels berwarna pink. Nak dijadikan cerita, petang tu havoc pulak bus stop UM mcm ada Jualan Sale Gudang. Seriously, saya dan Akmar memang takde intention langsung nak masuk Bas memandangkan Ya Nee, Rabia dan Farihan nak menapak je daripada UM ke Stesen LRT. Malangnya, walaupun saya dan Akmar dah bercakap pada orang keliling "kami tak nak naik bas...kami tak nak naik", tapi kami tetap ditolak oleh org2 yg kiasu, kiasi dan tak paham bahasa masuk ke dalam Bas Rapid KL. Saya kira bernasib baiklah sebab dapat peluk tabung isik duit syiling ngam2 sebelah abg Driver. Dari situlah juga, saya dapat melihat dgn jelasnya kekijaman Pakcik Driver bas yang memaksa pintunya ditutup walaupun bas memang kalah sardin kepenuhan dan kesempitannya. Dan dari situ jugalah, saya dapat lihat Akmar kena sepit pintu angkara sikap durjana pakcik bus. Sardin pun sujud syukur berkata rupanya ada orang yg lebih malang daripada aku bila tgk situasi Akmar tu. Konpem! Apepun, saya end up berpaut pada tabung sehingga sampai ke Stesen U dan Akmar kekal melekap di pintu dan ditolak2 sehingga high heel nya PATAH. Memang lawak Antarabangsat~

Well...tak adillah kalau saya ceritakan kisah Aib Akmar semata-mata. Saya pun ada cerita~ Saya pernah duduk di belakaaaang sekali sambil makan Pelam Muda yang dibeli kat Stesen Universiti pada suatu petang yg hening. Yang selalu naik Bas Rapid KL pasti Arif dengan satu ritual wajib pemandu bas iaitu membawa laju sambil diselang selikan dengan Brek-brek mengejut. Maka saya adalah mangsa ritual wajib ini apabila Pakcik Driver membawa laju di hadapan Fakulti Kejuruteraan lalu tetibe membrek mengejut seolah2 dah nak terlanggar orang. Memandangkan cuma saya seorang je yg tidak bersedia dan saya seorang sahaja yang busy mengunyah...maka sayalah yang terpilih untuk terpelanting dan tak dapat brek langsung lalu seperti berlari dari seat belakaaaaang sekali sehinggalah akhirnya dapat brek di sebelah pakcik pemandu yg kemudiannya memandang saya dengan pelik. Saya mcm ada perasaan nak offer je pelam muda di tangan saya (untuk cover malu) dan sekaligus mencucuk bijik mata pakcik tu dengan lidi tajam tersebut (untuk balas dendam). Apa ceritaaa. Punyalah nasib baik, dalam bas tu cuma ada kami-kami jer. Adoiiiyaiii~kalau takkkk~ Tapi kekejaman kawan2 gelak pun dah cukup ler...hi hi hi.


Kalau bab naik Teksi plak, kami memang akan tuang-tuang le. Sepatutnya naik Teksi 4 orang je, tapi sebab kami ade 6 orang, kami slalu paksa Pakcik Teksi terima kami berenam. Sanggup tu...tunggu next taxi kalau takmo terima kami semua. Dan kami yg tak sopan santun nie, selalu berlari nak duduk belakang sebab org depan selalunya kena layan borak Pakcik Driver. Hahaha. Maka Siti Nurbaya selalu menjadi mangsa. Makin pelik ialah...Saya, Akmar, Farihan, Bee dan Ya Nee muat pulak berhimpit kat belakang teksi. Hurm~ Kenapa sekarang tak muat eh? Hahahaha!


Maka, itulah kisah saya dan rakan-rakan dengan Kenderaan2 bergelar Public Transport~Sesi 2003/2004... Murah, Jimat, Kelakar dan Macam-macam Hal!





No comments:

Post a Comment