Thursday, November 18, 2010

Me, Myself and My Transportations: Little Red Riding Kancil

MIMI…that’s the name of my very own Little Red Riding Kancil. I believe the name suits her well. Sesuai betol dengan warnanya yg merah menyala persis anak dara sunti yang menggedik mencuri perhatian teruna. Echeh~ Hahaha.

Mimi yang berkawan baik dengan Aen…Si kancil Biru yang Hidup dalam Blues, merupakan kenaikan baru kami selepas era 2003/2004. Hahaha! Mimi merupakan penyumbang kepada KEBESARAN Geng Effarogey lantaran kebaikan utama yang kami perolehi adalah bergerak ke sana ke mari. Kalau dulu, bila lapar terpaksalah kami makan apa sahaja yang ada di Dewan Makan, Sahur’s CafĂ© atau Gerai Aunty Ah Fong. Tapi kewujudan Mimi membawa kami sehingga ke Kedai Mamak Seksyen 14 PJ, atau Bangsar, atau Kelana Jaya, atau Damansara. Saya tetap akan ingat Farihan mengejut saya pukul 2 pagi sebab nak makan Roti Telur kat Seksyen 14. Aiyark! Sebagai seorang yg sememangnya mamai tahap gaban kalau baru bangun tidur, saya ikut jelah. Siap makan sekali dan mcm ingt2 lupa pada waktu pagi apehal, aku mcm kenyang pulak nie. Meskipun kami selalu ternampak bulu Roti Telur mamak, tapi kami nampaknya tak serik makan kat sana. Mungkin sebab dah pagi2 buta, Bulu mamak tu pun dah tertidur lalu terlepas berpaut dari tempatnya…Hahaha! (apa merepek nie…okay tak buat lagi-monolog dalaman ketika menulis).

Mimi meski kecil, tetapi mantap prestasinya. Dari Mersing saya membawa Mimi ke KL, padahal memang cukup terang, jelas lagi bersuluh yang saya bukannya seorang pemandu yang cekap atau berhemah pada waktu itu sebab dah terbiasa menjadi penumpang dan tidak memandu sejak mendapat lesen. 


Abah banyak kali pesan, bawa Mimi kat dalam fakulti je sudah. Bawak pi kelas, balik kelas. Jangan bawa keluar Kota Kuala Lumpur yang penuh dengan Mat Rempit dan Samseng Jalanan (echeh…ingat ini cerita KL Drift/Rempit ke) sebab beliau takut saya akan cepat panik sehingga instead of mengelak mereka-mereka ini saya akan memilih untuk melanggar mereka lalu berkata OOOPSSS… Tapi, saya akan ingat tanggal 21.7.2004 sebab waktu inilah saya telah pertama kali memberanikan diri memandu Mimi yang bersifat manual ke Midvalley utk membuat persiapan sambutan Hari Lahir Rabia. Nervous bukan main petang tersebut. Siap sesat tak tahu jalan masuk ke Parking Midvalley sebab selama ni tau jalan bas sahaja. Kalau ikut hati, nak je park kat tempat bas berhenti. Tapi takut bas tak Nampak plak lalu menyundul Mimi. Lebih hebat lagi, saya telah membawa Rabia yang ditutup matanya ke A&W PJ. Seiring dengan mulut Rabia yang tak berhenti2 Pot pet sepanjang perjalanan kerana matanya ditutup, saya pun ikut cemas sebab first time memandu di waktu malam buta dengan penumpang yang peramah sepertinya dan riuh rendah kawan2 lain suruh Rabia diam (yang mana mereka tidak berjaya dan takkan berjaya punyalah!). Saya ingat juga, Rabia di saat “buta sementara” sempat juga membuat aksi akrobatik nak terjatuh kat pintu masuk A&W nie. Di tambah lagi dengan suaranya yg pot pet-pot pet sepanjang masa dengan mata tertutup kain itu, beliau tanpa disedari oleh dirinya sendiri telah menarik perhatian para pengunjung A&W. Tak boleh lah nak salahkan dia, sebab dia tak tau dia kat mana. Tapi kami yg memimpin dia nie, terpaksalah senyum je kat semua orang yg rata-rata dah tak tahan nak ketawa gak. Kecohlah katakan…hahaha! Waktu balik sekitar 2 pagi, tak banyak kereta di jalan raya dan saya dengan bangganya memilih untuk melanggar lampu isyarat lalu “CLICK”….simbahan cahaya flash umpama diserbu paparazzi menerangi gelap malam~ Lepas terkedu sekejap, saya sempat melawak (seperti biasa) “Alamak!!! Aku senyum ke tak tadi eh?” dan disambung oleh Geng Effarogey yang lain “ Lupa plak nak buat Gaya PEACE!!!”. Dan kami…Ketawa lagi!!! (Seperti Biasa) Nasib baik tak kena saman wey~

Mimi tak pernah Eksiden. Serius! Tapi ade orang langgar dialah dari belakang. Sebuah motor skuter yang dibawa oleh seorang Amoi comel yang melekat umpama Spiderman di Cermin Belakang Mimi sambil diperhatikan oleh penumpangnya iaitu Rabia dan Farihan. Setakat yg saya tau, itulah bayangan mereka kepada saya apabila menceritakan tentang eksiden itu. Saya berpendapat yang mungkin Amoi tersebut memang terlalu taksub dgn Spiderman dan sebab teringat pesanan “Jangan Tiru Aksi ini di Rumah”, maka dia pilih untuk cuba buat Aksi tersebut kat Mimi. Meleqqaaat beb (sebab si Rabia yag cerita…k kena tukar q dan qalqalah kena Peqqattt). 
Mungkin mcm nie Muke Amoi Spiderman tue...
Harus muke dia herot berot kat cermin belakang Mimi tu dan mungkin ada sisa-sisa DNA dia melekat secara kekal di situ lantaran momentum yang kuat tersebut. Saya datang dengan Van Kolej Ketiga yang dibawa oleh Mizi yg kebetulan nak menuju ke tempat kejadian di Kolej Kediaman Kedua Belas. Sampai di sana, Mimi dah pun ketepi dan ada Lawyer in The Making yg sedang represent Mimi iaitu Kak Aida yg telah dijemput khas oleh Geng Effarogey. Maka, membetulkan Bumper Mimi yang dah terlondeh mencecah tayar itu membawa kos sebanyak RM120 dan telah dibayar oleh Amoi Spiderman kita seperti yang telah dipersetujui (Consent Judgment)~ Oh yeah~ Terima kasih semua…

Mimi takde masalah rosak atau apa-apa. Malah Mimi pernah membawa semua Geng Effarogey dr KL ke Mersing. Kami sempat mandi Air Terjun Kota Tinggi beramai-ramai hasil lawatan Geng Effarogey ke Johor. Mimi dari segi keselamatannya agak kurang selamat sekiranya dibawa oleh saya seorang diri, sebab kalau terserempak dengan Lori/Bas di jalan raya, Mimi akan terhayun sedikit. Mungkin sebab Mimi ringan. Di sebabkan Abah saya merasakan pengalaman tersebut sendiri lalu merasakannya sangat Horror, maka abah memutuskan supaya pada sesi 2005/2006, saya akan membawa kereta lain…Walaupun kurang setuju, sebab Mimi jimat minyak, saya terpaksalah akur dengan En.Abah yang merupakan En.“Bayar Duit Kereta Kamu”. Kali terakhir saya Nampak Mimi adalah pada tahun 2005 bersama-sama sepasang suami isteri beranak 1 di Bandar Mersing.

Mimi sememangnya kereta yang banyak mengajar saya skill memandu. Membawa saya Merempit ke Kelas di Fakulti Undang-undang Setiap pagi. Persahabatan Geng Effarogey yang riang ria pun ada melekat bersama-sama Mimi. Mimi…I will always Love you no matter where you are!

Wednesday, November 17, 2010

Me, Myself and My Transportations: The Cruel Life of Public Transporting~

Well, everybody have a story to tell about their experience with Public Transports. And the good thing about always travel in a flock like Geng Effarogey is, u have STORIES to tell. Hahaha! Zaman sebelum saya mempunyai kenderaan sendiri, Skills of surviving will always took place and control our guts. Everything that Impossible will absolutely turns possible. 


Dulu...di masa muda dan bertenaga kami...Saya, Rabia, Farihan, Ya Nee pernah jadik pelari 100 meter paling pantas di Fakulti mengejar Bas UM buruk berwarna krim. Dengan ayu berbaju kurung~ Kami pun penuh kelajuan berlari kejar bus sambil diperhatikan oleh warga Fakulti Undang-undang yang ngam-ngam dan pas-pas betul baru habis Kuliah. Naik je Bus, dari pakcik pemandu sampailah penumpang dok paling hujuuuung sekali dok tersengih2 mcm kerang busuk sambil tahan ketawa tengok kami semput2 panjat tangga bas. Oh ye! Kami siap mendayu-dayu  menjerit "Tungguuuu! Tunggguuuuuuuuu!!!" sambil berlari. Oh ye! Tangan kami siap melambai2 mesra pada pakcik bas yang dgn bangganya mengacah-acah nak bergerak tinggalkan kami. Hailaaa...

Tapi seronok jugak naik bas ni. Kadang2 kalau tersalah naik bas, kami akan end up makan angin free ke Pantai Dalam, Kg Kerinchi, Seksyen 17 dan pusing satu UM. Setakat naik bas penuh and stuck kat depan melayan driver bus berborak tu memang dah kepakaran kami lah. Itu belum campur Lawak Bodo Abg Driver Bas tu tanya kat setiap budak yang naik Bas pada suatu Hari Thaipusam "Awal pulak ko balik dari Batu Caves hari ni?", dengan muka tak bersalah. Kalau tertinggal bas, kami menapak dari Fakulti Undang-undang merentas Tasik UM, Perpustakaan, Fakulti Sains, Fakulti Sastera, Fakulti Pendidikan menuju ke Kolej Kediaman Ketiga...No hal...Paling2 pun ketiak basah je ataupun Main lari2 dgn Monyet je.

Kami pernah jugak tgk midnight movie bersama-sama menaiki bas ke Midvalley dgn Raja. Disebabkan terlalu lewat, balik ke UM naik Teksi. Raja sampai terpaksa Squarting kat Kolej Kediaman Ketiga sebab nak sgt tgk Turn left turn Right tu. Dan Raja...akan buat aksi2 menariknya setiap kali squarting dgn cara memanggil2 nama pemilik bilik dgn seram sebab dia tak boleh tido atau sebab dia takut kucing. Hehehe. Kami selalu juga balik lewat malam dgn bas dan berlari2 balik ke Kolej sebab lawak komedi seram kami sendiri.

Tapi cerita paling best pasal kami dan Public Transport ini adalah kisah Akmar. Harus di ingat, Akmar bukanlah sgt feminin suatu tika dulu sebab dia lebih selesa berT-shirt besar dan berseluar jeans. Namun pada suatu hari ketika kami baru dapat duit PTPTN dan JPA, kami memutuskan untuk cuba untuk pertama kali ke Jusco Wangsa Maju menaiki LRT dan Akmar telah memutuskan yg dia mahu bergaya feminin dengan baju pink, jaket dan skirt jeans paras lutut dan high heels berwarna pink. Nak dijadikan cerita, petang tu havoc pulak bus stop UM mcm ada Jualan Sale Gudang. Seriously, saya dan Akmar memang takde intention langsung nak masuk Bas memandangkan Ya Nee, Rabia dan Farihan nak menapak je daripada UM ke Stesen LRT. Malangnya, walaupun saya dan Akmar dah bercakap pada orang keliling "kami tak nak naik bas...kami tak nak naik", tapi kami tetap ditolak oleh org2 yg kiasu, kiasi dan tak paham bahasa masuk ke dalam Bas Rapid KL. Saya kira bernasib baiklah sebab dapat peluk tabung isik duit syiling ngam2 sebelah abg Driver. Dari situlah juga, saya dapat melihat dgn jelasnya kekijaman Pakcik Driver bas yang memaksa pintunya ditutup walaupun bas memang kalah sardin kepenuhan dan kesempitannya. Dan dari situ jugalah, saya dapat lihat Akmar kena sepit pintu angkara sikap durjana pakcik bus. Sardin pun sujud syukur berkata rupanya ada orang yg lebih malang daripada aku bila tgk situasi Akmar tu. Konpem! Apepun, saya end up berpaut pada tabung sehingga sampai ke Stesen U dan Akmar kekal melekap di pintu dan ditolak2 sehingga high heel nya PATAH. Memang lawak Antarabangsat~

Well...tak adillah kalau saya ceritakan kisah Aib Akmar semata-mata. Saya pun ada cerita~ Saya pernah duduk di belakaaaang sekali sambil makan Pelam Muda yang dibeli kat Stesen Universiti pada suatu petang yg hening. Yang selalu naik Bas Rapid KL pasti Arif dengan satu ritual wajib pemandu bas iaitu membawa laju sambil diselang selikan dengan Brek-brek mengejut. Maka saya adalah mangsa ritual wajib ini apabila Pakcik Driver membawa laju di hadapan Fakulti Kejuruteraan lalu tetibe membrek mengejut seolah2 dah nak terlanggar orang. Memandangkan cuma saya seorang je yg tidak bersedia dan saya seorang sahaja yang busy mengunyah...maka sayalah yang terpilih untuk terpelanting dan tak dapat brek langsung lalu seperti berlari dari seat belakaaaaang sekali sehinggalah akhirnya dapat brek di sebelah pakcik pemandu yg kemudiannya memandang saya dengan pelik. Saya mcm ada perasaan nak offer je pelam muda di tangan saya (untuk cover malu) dan sekaligus mencucuk bijik mata pakcik tu dengan lidi tajam tersebut (untuk balas dendam). Apa ceritaaa. Punyalah nasib baik, dalam bas tu cuma ada kami-kami jer. Adoiiiyaiii~kalau takkkk~ Tapi kekejaman kawan2 gelak pun dah cukup ler...hi hi hi.


Kalau bab naik Teksi plak, kami memang akan tuang-tuang le. Sepatutnya naik Teksi 4 orang je, tapi sebab kami ade 6 orang, kami slalu paksa Pakcik Teksi terima kami berenam. Sanggup tu...tunggu next taxi kalau takmo terima kami semua. Dan kami yg tak sopan santun nie, selalu berlari nak duduk belakang sebab org depan selalunya kena layan borak Pakcik Driver. Hahaha. Maka Siti Nurbaya selalu menjadi mangsa. Makin pelik ialah...Saya, Akmar, Farihan, Bee dan Ya Nee muat pulak berhimpit kat belakang teksi. Hurm~ Kenapa sekarang tak muat eh? Hahahaha!


Maka, itulah kisah saya dan rakan-rakan dengan Kenderaan2 bergelar Public Transport~Sesi 2003/2004... Murah, Jimat, Kelakar dan Macam-macam Hal!





Thursday, April 22, 2010

Misteri Sangat Lah Kunun~

Saya dah banyak kali buat blog. Saya dah banyak kali cuba utk memasukkan post2 terbaru sekurang-kurangnya satu post seminggu. Tapi sebagaimana sukarnya saya untuk pergi bersenam atau berjogging sekali seminggu, begitu jugaklah sukarnya saya untuk memasukkan satu post seminggu. Orang kata semangat kena kuat, niat kena tekad, disiplin kena mantap. Tapi semua benda tu nampak lebih mustahil untuk aku buat. Yang aku hebat adalah, semangat nak makan kuat, niat nak makan benda yg aku mengidam (jangan salah faham, aku tak kahwin pun lagi) memang sangat tekad dan disiplin aku untuk habiskan makanan supaya tak membazir memang tak dinafikan mantap. Tapi takpe, sekurang-kurangnya unsur2 positif tu ada melekat dalam diri aku, walaupun untuk tujuan yang berbeza.

Akhirnya aku selalu menjadikan blog aku terbengkalai. Terbengkalai mcm bangunan kat sebelah bangunan Puduraya tu. Mula2 semangat bukan main, pastu hilang, walaupun tanpa angin. Chesss. Aku sungguh malu dengan ketidakuatan diri aku nie. Jadinya, dgn semangat baru yg kononnya membuak2 ini, aku sekali lagi cuba untuk menguatkan semangat aku nie untuk menulis blog lagi setelah aku delete 2 blog dan membiarkan 1 blog terbengkalai sejak August 2008. Chesss lagie!

Aku penat nak pilih nama blog yg gempak2. Kalau lelaki tanpa nama atau tak dikenali akan digelar John Doe. Pompuan tanpa nama atau tak dikenali dikenali dipanggil Jane Doe. Maka ini blog aku panggil The Blog Doe. Habies misterilah konon. Maka...bermulalah kisah aku yg berusaha nak berkongsi ceritera hidup aku dengan Doe-doe sekalian. Ho ho Ho!

Maka, awal2 lagi aku ingatkan sesape yg terbaca entry pertama aku nie, jgnlah berharap aku akan patuh dengan semangat untuk kerap memasukkan post baru. Aku bukan seperti pesakit selsema yg sedang takut dijangkiti H1N1 sehingga sanggup makan ubat 4 kali sehari lepas makan. Aku yg sedang sakit pun selalu lupa makan ubat. Maka aku yg sedang sihat mustahil akan rajin memasukkan post. Tapi, aku akan usaha! He He He!